•Perbuatan membasuh atau menyapu anggota badan tertentu dimulai dengan niat kerana ALLAH SWT.
Hukum Berwudhuk:
WAJIB apabila mengerjakan solat, tawaf, menyentuh al-Quran, sujud tilawah, sujud syukur.
Anggota Wudhuk:
1.Muka
2.Kedua belah tangan hingga siku
3.Sebahagian kepala
4.Kedua belah kaki hingga ke buku lali
Maksudnya:Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembayang (pada hal kamu berhadas kecil) maka (berwuduk) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian daripada kepala kamu, dan basuhlah kedua-dua belah kaki kamu meliputi buku lali (Surah al-Maidah, 6).
Rukun Wudhuk:
1.Niat.
•Berniat mengambil wuduk ketika sampai ke muka.
•Lafaz niat
•Maksudnya:
Sahaja aku mengangkat hadas kecil kerana ALLAH TAALA
2.Membasuh muka.
•Bermula dari tempat tumbuh rambut di dahi hingga ke dagu dan daripada anak telinga kiri hingga anak telinga kanan.
•Jika ada rambut/misaim/janggut dalam kawasan muka wajib diratakan air sampai ke kulitnya.
3.Membasuh kedua-dua belah tangan .
•Bermula dari hujung jari hingga siku.
4.Menyapu sebahagian kepala.
•Jika tidak berambut memadai dengan menyapu kulit kepala sahaja.
5.Membasuh kedua-dua belah kaki.
•Iaitu dari hujung jai kaki hingga ke buku lali.
6.Tertib.
•Melakukan semua rukun wuduk mengikut susunannya.
Sunat Wudhuk:
1. Memulakan dengan membaca BISMILLAH.
2. Membasuh kedua-dua belah tangan hingga ke pergelangan.
3. Berkumur-kumur.
4. Memasukkan air ke dalam hidung dan keluarkannya semula.
5. Menyapu keseluruhan kepala.
6. Membasuh kedua-dua belah telinga.
7. Menggosok celah-celah jari kaki dan tangan.
8. Berturut-turut antara satu dengan yang lain.
9. Mengulang 3 kali setiap perbuatan.
10.Berdoa selepas berwuduk:
أشهد أن لا اله إلا الله وحده لا شريك له, وأشهد أن محمدا عبده ورسلوله. اللهم اجعلني من التوابين واجعلني من المتطهرين واجعلني من عبادك الصالحين.
Maksudnya: Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang disembah selain ALLAH,Tuhan yang Esa, tiada sekutu bagiNya dan aku bersaksi bahawa nabi Muhammad hambaNya dan pesuruhNya. Ya ALLAH, jadikan aku daripada orang yang bertaubat, suci dan golongan hambamu yang soleh.
Makruh Wudhuk:
•Membasuh anggota wuduk lebih daripada 3 kali.
•Mendahulukan anggota kiri daripada kanan.
•Berkumur-kumur atau memasukkan air ke dalam hidung secara berlebihan bagi yang berpuasa.
•Bercakap ketika berwuduk.

Perkara Yang Membatalkan Wudhuk:
1.Keluar sesuatu daripada qubur atau dubur.
2.Bersentuh kulit lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa berlapik.
3.Hilang akal kerana gila, mabuk, pengsan, atau mengambil ubat yang boleh menghilangkan ingatan.
4.Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan tanpa berlapik.
5.Tidur yang tidak tetap punggungnya.

Adab Ketika Berwudhuk:
1.Menghadap kiblat.
2.Memulakan wuduk dengan membaca BISMILLAH.
3.Berjimat menggunakan air.
ALLAH berfirman, maksudnya: “Sesungguhnya orang yang boros itu adalah saudara syaitan”.
4.Tidak bercakap ketika berwuduk.
5.Menjaga diri daripada terbuka aurat.

Hikmah Wudhuk:
•Membersih anggota yang terdedah kepada kotoran
•Membentuk peribadi yang seimbang jasmani dan rohani
•Melahirkan induvidu yang sentiasa beradab sopan
•Membangunkan minda dan menyegarkan jiwa
•Menghapuskan dosa-dosa kecil